Halaman
Selasa, 31 Disember 2019
Isnin, 30 Disember 2019
Sabtu, 28 Disember 2019
Rabu, 25 Disember 2019
DI HARI ULANGTAHUN KELAHIRANMU
Hari ni genap usiamu 34 tahun..
Tiada sudah ungkapan hari jadi buatmu yg sblum ni slalu diucapkan..
Setahun yg berlalu.. masih segar dlm ingatan..
Kita semua buat surprise bday buatmu..
Hari ini.. hanya rindu, linangan airmata dan kenangan bsamamu menjadi pengubat rindu.. Menatap gmbr2mu menyambut harijadi thn lpas..kami rindu padamu..
Adikku..moga kau tenang di sana..
Hanya doa mampu ku kirimkan..
Ya Allah, aku rindu padanya...

Selasa, 10 Disember 2019
Happy Anniversary
Alhamdulillah.. Hari ini genap 8 thn usia perkahwinan kami..10.12.2011 - 10.12.2019..tarikh yg ckup bermakna dlm hidup kami sbagai psgn suami isteri..doa dan harapan agar hubungan prkhwinan akan kekal hgga ke jannah..plbagai cabaran dan dugaan dlm mnmpuh hidup bermhtngga..
Selasa, 26 November 2019
Sabtu, 23 November 2019
Ahad, 17 November 2019
Rabu, 13 November 2019
Isnin, 4 November 2019
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun
Daripada Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ibu mentuaku, Hamiseh bt Yusuf yg telah kembali ke rahmatullah pada hari ini..
4 November 2019..
Moga Allah ampunkan dosanya dan menempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh..diberikan ganjaran syurga kepadanya.. Aamiin..
Kehilangan dan pemergianmu ditangisi, terima kasih di atas kenangan yang tidak akan dpt dilupakan, nasihat, tunjuk ajar, kasih sayang dan banyak lagi..terima kasih mnjadi ibu mentua yg trbaikkk...
Betapa engkau juga menanggung penderitaan dan kesakitan yang seakan sama ditanggung oleh adikku Rasidah..
Berulang alik ke hospital lakukan pemeriksaan, temujanji doktor.. Dan berusaha sebaik mungkin utk menyembuhkan penyakit yg dihidapi.
'Kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah jugalah sebaik2 perancang.'
Engkau dijemput Allah ketika masih bertarung dgn penyakitmu.

Isnin, 28 Oktober 2019
Ahad, 13 Oktober 2019
HAPPY BDAY NUR QALEESYA HUMAIRA
Selamat ulangtahun kelahiran yg ke 9 tahun..
Nur Qaleesya Humaira bt Mohamed Fauzi
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah,
dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur,
Menjadi anak yang solehah, mendengar ckp.. dan membesar dengan baik..

Ahad, 29 September 2019
Sabtu, 7 September 2019
HAPPY BIRTHDAY UMMI
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 32 tahun..
Buat isteri trsayang.. Nurazian Marisen
Xda hadiah yg paling istimewa slain doa..
Semoga sntiasa mndapat keberkatan dlm hidup.. Diberikan umur yg pnjg, dikurniakan ksihatan, dimurahkan rezeki..
Semoga segala dicita2kan berjaya..azam tahun lepas sdh trlaksana..
Trima kasih mnjadi isteri yang terbaik dan ummi yg penyayang utk anak2..

Isnin, 19 Ogos 2019
Sabtu, 17 Ogos 2019
MENDAKI GUNUNG KINABALU
Hari ni 17 Ogos 2019, Sabtu..hari yg dtunggu2.. Pendakian ke Gunung Kinabalu. Klau ikut cuaca spnjg mnggu ni, hujan turun sepnjg hri..hrp pndakian hari ni dan menuju ke puncak akan brjln lncar..
Persediaan stamina sangat penting. Berlari, mendaki, latihan naik turun tangga harus dilakukan secara berkala sekurangnya tiga bulan sebelum mendaki. Siapa yang lebih bersedia, dialah yang selesa.
Pakai kasut yang sesuai, bawa ‘windbreaker’, ‘poncho’ dan yang paling penting adalah tongkat dan ‘headlamp’. Tongkat boleh disewa dengan harga RM10 di Kinabalu Park.
Biasanya pendakian gunung yang perlu bermalam kita akan galas beg besar, bawa ‘sleeping bag’, ‘carrymat,’ration’ dan makanan. Mendaki Gunung Kinabalu hanya perlu bawa sepersalinan pakain dan barang- barang lain yang perlu sahaja. Kalau rasa nak naik berlenggang boleh upah ‘porter’ bawa barang dengan kadar bayaran RM13 perkilo untuk naik dan turun.S epanjang trek sehingga ke puncak ada liputan internet dan telefon.
Tidak semua akan berjaya ke puncak atas faktor stamina, kesihatan, kecederaan dan cuaca. Jika hujan di Laban Rata sehingga 3.30 pagi, semua tidak dibenarkan untuk meneruskan pendakian ke puncak atas sebab keselamatan.
Hari pertama, pukul 8.00 am, berkumpul di Kinabalu Park untuk pendaftaran, taklimat dan dibekalkan’ lunch pack’. Dari Kinabalu Park dengan menaiki van ke starting point di Timpohan Gate. Pendakian bermula jam 10am. dari Timpohan Gate menuju Laban Rata sejauh 6 km. Banyak pondok tempat berehat disediakan yang dilengkapi dengan kemudahan tandas sepanjang trail. Kebanyakkan laluan adalah bertangga. Pendakian memakan masa selama 4-7 jam bergantung pada stamina. Ketika naik akan berselisih dengan pendaki lain yang dalam perjalanan turun. Pada masa ini mereka akan beri kata – kata semangat walaupon dari pelbagai negara yang berbeza. Kebanyakan mereka dari Eropah, Jepun dan Korea. Trek Gunung Kinabalu kebanyakkan bertangga. . Semakin lama tenaga semakin berkurangan, nak melangkah satu anak tangga pun kaki mula terasa berat. Mental dan fizikal perlu kuat, mula rasa nak muntah bila tengok tangga yang tiada berpenghujung.
12.30 pm. Tiba di Layang- Layang Hut, biasa ramai yang berhenti rehat dan makan tengahari kat sini. Pendakian kami diteruskan. Masa ni hujan mulai turun. Kagum dan rasa bersemangat bila tengok porter mendaki sambil pikul tong gas, batu bata, bahan binaan dan macam- macam lagi barang berat.
Tiba di Laban Rata pukul 3.00pm dalam keadaan hujan renyai- renyai. Dah rasa satu kejayaan bila tiba di Laban Rata. Buat pendaftaran untuk masuk bilik. Lemang Hut satu dorm 14 orang. Solat, mandi dan rehat. 5.00pm turun Café untuk makan. Penginapan dan makan sepanjang pendakian sudah termasuk dengan pakej yang dibayar.
Balik bilik rehat dan solat. Sempat juga masak air untuk refill balik air dalam botol. Buat persiapan pakaian yang nak dipakai, perlu chek ‘headlamp’ agar berfungsi dengan baik untuk esok hari. Masa ni hanya berharap cuaca baik dan tidak hujan pada esok hari agar dibenarkan meneruskan ke puncak. Pukul 9.00 semua dah tidur kerana kepenatan.
Bangun pukul 2.00 am. Alhamdulillah, tidak hujan. Basuh muka, gosok gigi dan ambil wuduk siap-siap. Jaga wuduk agar tak terbatal , waktu subuh sekitar jam 5. Kalau tak kena ambil wuduk di Sayat- Sayat, tapi kena tahan dengan kesejukan yang amat.
Ke café untuk makan buat alas perut. Taklimat ringkas diberikan oleh guide sebelum teruskan pendakian. Pendakian masih diteruskan dengan melangkah tangga demi tangga. Perlu lebih berhati- hati dalam keadaan yang gelap dan dengan trek yang licin. Semakin tinggi ,persekitaran semakin sejuk dan udara semakin menipis. Ada yang akan mengalami Simptom Accute Mountain Sickness (AMS) iaitu sukar bernafas dan sakit kepala.
Dari Laban Rata ke puncak 3km. Lapor diri di pondok Sayat-Sayat sebelum 5.00 am. Tiba selepas 5.00 am tidak dibenarkan terus pendakian. Rehat sekejap minum air di Sayat- sayat, air yang refill tadi rasa karat, tak boleh nak minum. Nasib baik di Sayat- Sayat ada punca air.
Nasib baik persekitaran sejuk tak rasa dahaga sangat.
Trek selepas itu berbatu, ada kawasan curam dan licin yang perlu perlu berpegang pada tali. Dalam kegelapan kaki mengatur langkah mengikut tali agar tidak tersasar dari laluan ke puncak. Masa ni dah boleh cari tempat yang sesuai untuk solat Subuh. Seusai salam, persekitaran semakin cerah, mata dihadiahkan dengan permandangan indah yang menakjubkan.
Pendakian diteruskan..makin lama hayunan kaki makin perlahan.. ada yang mula merangkak untuk sampai ke puncak. Pukul 6.00 am sampai ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu; Low’s Peak. Ambil gambar dan terus turun. Elakkan ambil masa terlalu lama kat puncak, kawasan sempit dan curam, bagi peluang kepada pendaki lain untuk bergambar dan jejakkan kaki di puncak. Pukul 7 pagi mesti sampai ke puncak, kalau tak kena patah balik.
Masa naik ke puncak persekitaran gelap, bila turun baru dapat lihat keindahan landskap dan permandangan di Gunung Kinabalu. Masa ni boleh ambil peluang untuk ambil gambar, elakkan ambil masa terlalu lama. Perlu sampai ke Laban Rata balik sebelum pukul 10 am. Kalau lewat dikenakan denda RM100 untuk setiap jam.
Sarapan di Laban Rata, kemudian kemas barang dan bersedia untuk turun lagi 6 kilometer ke Timpohan Gate. Jumlah perjalanan pada hari kedua 3 km naik dan 9 km turun. Alhamdulillah, sampai di bawah pada pukul 3.00 pm. Mesti sampai Timpohan Gate sebelum pukul 4.00 petang. Kalau tak, perlu bayar denda RM15 sejam bagi setiap guide.
Semoga perkongsian saya ini dapat memberi gambaran dan persediaan kepada rakan-rakan yang belum kesini yang bercadang untuk untuk menakluk puncak Gunung Akinabalu. Boleh tambah tips dan konsi pengalaman bagi mereka yang pernah mendaki Gunung Kinabalu.
Kadang- kadang, perlu lakukan aktiviti luar dari rutin harian kita. Keluar bermesra dengan alam, nikmati kehijauan hutan, langit yang membiru, hirup udara hutan dan gunung yang nyaman dan mampu hilangkan tekanan. Aktiviti yang mengeluarkan keringat memberi kesan refleks kepada tubuh menjadikan diri menjadi sihat aktif dan bertenaga. membuatkan kita lebih menghargai kehidupan dan rasa lebih bahagia.
Mendaki bukan soal untuk menakluki sebuah gunung, namun ianya tentang menakluki ego, kemampuan dan melawan emosi dalam diri sendiri. Ketika berada diluar zon selesa, kita akan lebih mensyukuri mengenai kehidupan dan lebih menghargai orang disekeliling kita.
Aktiviti sebegini bukan untuk bersuka-ria semata. Juga mengambil manfaat dari perjalanan dengan menyaksikan tanda kebesaran Sang Pencipta.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut, membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.
Surat Al-Baqarah [2:164]
Pendaki yang berjaya menawan puncak gunung Kinabalu akan diberi sijil yang bewarna. Manakala pendaki yang belum berjaya akan diberi sijil hitam putih. Boleh cuba lagi dilain masa. Tak kan lari gunung dikejar. :)

Isnin, 12 Ogos 2019
Ahad, 11 Ogos 2019
Sabtu, 27 Julai 2019
MAJLIS TAHLIL ARWAH 100 HARI..
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan.. Tak terasa masa berlalu terlalu cepat. Hari ni, genap 100 hari pemergianmu.. adikku..
Semoga rohmu tenang di sana, ditempatkan di kalangan org2 yang beriman dan beramal soleh.. juga di atas kesabaranmu dalam menempuh dugaan dan ujian hidup ini. Semoga Allah memasukkanmu ke dalam syurga dari pintu org2 yang sabar.
Hari ni, majlis tahlil sempena pemergianmu telah dibuat. Semoga segala usaha yang kami lakukan ini, mendapat keberkatan dan kiriman pahalanya diterima oleh Allah.
Kami sangat merinduimu, sangat merinduimu..setiap malam kutitipkan bacaan Yassin dan Tahlil khusus buatmu tak pernah aku tinggalkan sejak pemergianmu.. Itulah saja cara untuk aku lakukan dan luahkan rasa rindu ini padamu..kekadang ku peluk erat anak2mu, ku kucup dahinya.. sepertimana yang selalu aku lakukan padamu.. Ya Allah.. beginikah pedihnya dan pilunya bila kehilangan seseorang yang kita sayang.. rindu dan sayang yang tiada kesudahan..bila melihat dan menatap wajah anak2mu..bergenang dan mengalir juga airmata mengenangkan nasib mereka yang kehilangan kasihsayang seorang ibu..
Mudah mudahan anak2 yang ditinggalkan ini memberi manfaat kepadamu dan menjadi saham pahalamu di sana. Insha Allah.. Aamiin..

Sabtu, 20 Julai 2019
Rabu, 5 Jun 2019
Selasa, 28 Mei 2019
40 HARI PEMERGIANMU
Tak terasa masa berlalu, hari bganti hari.. 40 hari selepas pemergianmu.. Hanya doa dan bacaan Yaasin serta tahlil yg mampu kami kirimkan semoga rohmu tenang di sana dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman, semoga amal solehmu diterima oleh Allah S.W.T..Aamiin..
Ahad, 19 Mei 2019
Usia ketika 35 tahun - 40 tahun
Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pertengkaran) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berhemat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mau berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap terlena dan langsung tak membuka hati terhadap panggilan Allah malah tetap terlena dengan kemewahan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²
Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang di saat mengandungnya berserta dengan menyusuinya dalam masa tiga puluh bulan.
Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang telah sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta mewahnya, tanaman duriannya, ternak kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadah di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayani nafsu yang marak menyala padahal kerut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang merasa masih sihat, walaupun sahabat2, saudara banyak yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak disangkaaa...muda, sihat lg, tp meninggal di usia muda.."
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih lalai dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih peka untuk menyahut panggilan pulang.
Sehingga tiba saat roh kita diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang dapat melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 - 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh kerana itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkannya?!
Allah ta’ala berfirman (yang ertinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Selasa, 14 Mei 2019
KENANGAN SAAT TERAKHIR BERSAMAMU
Hari ini, genap 4 minggu adikku pergi meninggalkan kami semua, masih tbayang saat2 trakhir ku bersamamu..
4 minggu yg lepas, waktu tu aku temankanmu utk temujanji di QEH 2..
Kalau ku kenang kembali, detik itulah yang paling berharga bgku saat ini..Terima Kasih Allah, Allah bg peluang aku utk meluangkan sdikit waktu buat adikku..utk aku bersama dengannya di penghujung hayatnya..utk aku kenang setiap detik2 itu shingga akhir hayatku..cuma aku sedikit kesal tidak dpt bersama2 dgnnya di hari terakhir pemergiannya..
****
Petang Selasa itu.. aku jemputmu bersama Riyadh dan Redza ke rumah di kampung..
Pkul 5 lbih kita bertolak dr rumah..tiada cerita dan perbualan dlm kreta, kau hnya diam sepanjang perjalanan.. Hanya sedikit perbualan kita diselangi dgn batukmu..dengar bunyi batukmu tu sudah dpt menggambarkan betapa peritnya sakit yang kau tanggung..kita singgah dlu d Gmart bli ayam utk mkn mlm tu..kau blikan Redza dan Riyadh keropok lekor..smpat lg blikan utk Redza n Riyadh..lpas tu, isi minyak di SHELL lbih kurang pkul 6.30 ptg.. Masa tu lh, bateri kereta buat masalah.. Nasib jga dh standby bawa yg baru.. Mnta tlongla pkerja SHELL tukarkan bteri kereta sebab pekakas buka bteri x lgkap..
Malam tu, kau ckup berselera makan sup kaki ayam dan sayur..sambil dduk d kerusi dan tgok tv..sbelum masuk tdo, smpat lg bmain pancing2 ikan bersama2 Redza n Riyadh smbl gelak ketawa..huhu..kalaulah aku tau tiap detik itu, adalah detik2 terakhir bersamamu, pasti aku rakam stiap gelaktawamu..
Malam tu tidomu terganggu dgn batuk2mu..mmg aku dpt rasakan btapa pritnya mnahan sakit.. Skalipun batuk..
Memang mlm tu kau tidak dpt tido nyenyak..bunyi batuk diselang dgn pernafasan yg tdak selesa..
Keesukannya, selepas Subuh.. Lbih kurang pkul 5.30 pagi kita sudah bertolak ke KK, temujanjimu pkul 8.09 pagi. Jadi kita tpaksa jalan awal skit, tkut nnti terlewat smpai ke QEH 2..Riyadh pn ikut sama.. tiada apa yang banyak kita sembangkan sepanjang perjalanan ke KK, kau banyak abiskan masa dgn tidur dan lelapkan mata..Disebabkan masih penat tidak cukup tidur mlm td.. Aku ingin sgt nak bercerita dan cuba menyelami perasaanmu.. Tapi tidak dpt.. Sekali sekala kau tersedar dan bercakap itupun sekejap..
Sampai di QEH 2, kau ada 2 temujanji perlu dibuat di hospital yang sama..

Isnin, 6 Mei 2019
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan..
Marhaban ya Ramadhan..
Marhaban bikum..
Alhamdulillah..Allah masih beri pluang utk kita berjumpa dgn bulan Ramadhan 1440h..
Berpuasa dan melakukan amalan dan ibadah khusus dan sunat di dalam bulan Ramadhan.. Syukur Alhamdulillah..
Semoga kita dapat meningkatkan amal ibadah kepadaNya dengan ikhlas dan tawadhuk serta istiqamah.
Namun.. Ibadah puasa tahun ini tidak sama dengan tahun2 sebelum ni..kehilangan orang yang tersayang sangat perit dan masih berbekas di hati dan sanubari..
Rasa rindu, sedih pada adik yang telah pergi meninggalkan kami sangat memberi kesan kehidupan keluarga kami..
Kepada suami dan anak2nya.
Kepada ibu dan bapa kami,
Kepada kami adik beradik..
Sangat sedih dan pedih untuk dilalui dan dikenang.. Hanya doa mampu kami kirimkan buatmu adikku..
Rasidah bt Tuah..
Semoga rohmu tenang di sana..
Dicucuri rahmat dan maghfirahMu..
Diampunkan dosa-dosamu yang lalu..
Diberikan ganjaran syurga di atas kesabaran dan keredhaan atas ujian dan dugaan yang Allah berikan..
Berada di sisi Tuhan yang maha Esa..
Disambut oleh anak kecilmu yang sudah berada di alam sana..
Ya Allah, sungguh aku rindu pada adikku..
Berikanlah kami kesabaran dalam menghadapi hari hari mendatang..
Kerinduan yang tidak mampu kami tanggung.. Hanya kenangan indah ketika bersama dulu jadi pengubat rindu..
Ya Allah, terimalah amal kebaikannya..
Ampunilah segala kesalahannya, tempatkanlah di kalngan org2 yang beriman dan masukkanlah dia ke dalam syurgamu ya Allah..
Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.. Aamiin..

Sabtu, 4 Mei 2019
GENAP SETAHUN SUDAH BERLALU
Hari ni genap setahun kisah dukaku..cepatnya masa berlalu, tersangat cepat..seperti baru semalam kisah itu berlaku..msih tbayang lagi perjalanan kisahnya di fikiranku..satu persatu..
Itulah salah satu perjalanan hidupku yang Allah telah takdirkan..
semoga aku sentiasa redha dengan ketentuanNya..
Selamat ulangtahun kelahiran sayang..
Muhammad Rafeeq Muwaffiq
Nantikan kami di syurga ye sayang..
Insha Allah..

Jumaat, 26 April 2019
GENAP SEMINGGU PEMERGIANMU ADIKKU
Tak terasa masa berlalu, hari berganti hari, pejam celik pejam celik.. Sudah seminggu adikku meninggalkan kami semua..rinduku padamu adikku.. Rasidah bt Tuah..
Hanya Allah saja yang maha mengetahui..
Hanya gambarmu sja yang mampu mengubati rasa rindu ini. Pedih rasa kehilangan.. Masih terngiang gelak tawanya, celoteh ketika bercerita.. Rindu pada semuanya..rindu seorang abang kepada adiknya..
Lebih mendalam lagi rindu anak2 dan suamimu yang ditinggalkan..Aku sentiasa merinduimu dalam setiap keadaan..setiap kali ku mengingatimu, ku akan hadiahkan bacaan surah Alfatihah, tahlil dan bacaan Yaasin dan doa kutitipkan agar rohmu sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.. dimasukkan ke syurga Allah..Aamiin..
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah! Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka
Aamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sabtu, 20 April 2019
انا لله وانا اليه رجعون
Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita akan kembali..
Betapa Allah lebih menyayangimu wahai adikku Rasidah bt Tuah, setelah kau menanggung derita dengan penyakit yang kau hidapi, dengan pelbagai usaha yang telah diikhtiarkan agar penyakitmu dapat disembuhkan namun takdir Allah mengatasi segalanya..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu.. Kau pergi sebelum sempat menjalani pembedahan seperti yang dijadualkan..
19 April 2019 bersamaan 13 Syaaban 1440H
Jumaat, pukul 5.20 petang..
Hospital Sipitang..
Adikku Rasidah bt Tuah pergi buat selama-lamanya..dijemput Allah pada petang Jumaat yang mulia..diiringi dengan hujan yang sangat lebat seakan turut menangisi pemergiannya..

Ahad, 31 Mac 2019
HAPPY BIRTHDAY REDZA
Selamat ulangtahun kelahiran buat anakku
Muhammad Redza Mirza bin Rapawi yang ke 6 tahun.
31 Mac 2019..besar panjang dah anak abah
Semoga sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna.. menjadi anak yang soleh dan mendengar cakap ibubapa..
Abah, ummi dan riyadh sentiasa mendoakan yang terbaik utk Redza.. Aamiin..

Isnin, 25 Mac 2019
KINOMULOK GARDEN
Cuti persekolahan prtghan pggal pertama telah pn bmula. Cuti persekolahan ni bawa anak2 balik ke Ranau bjumpa datuk dan neneknya. Hampir sebulan lebih tidak pulang ke Ranau dan menjenguk rumah. Alahai.. Kesiannya..
5 hari di Ranau, bawa Redza dan Riyadh pergi tmpat pelancongan baru di Ranau
KINOMULOK GARDEN.. dekat dgn rumah, ambil masa lbih kurang 5 minit sja..bleh thn jga tmpatnya..mnarik utk budak2 pergi..byk aktiviti2 bleh dilakukan.

Sabtu, 9 Mac 2019
T4T RUN LAWAS 2019
Sempena Karnival T4T 2019 yang dijalankan di Lawas selama tiga hari bermula 8-10 Mac 2019, pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan termasuklah T4T Run 2019. Aku jga tidak ktinggalan ikut dgn smgt yg bkobar2. Maklumlah sudah lama tidak myertai larian2 sperti ni. Nak target menang jauh sekali, cukuplah sekadar menghabiskan larian yang dianggarkan 3.5km sahaja.
Seawal jam 6 pagi aku dh bgerak dr rumah menuju ke tmpat larian di Dataran Lawas.
Selepas pendaftaran dan diberikan jersey percuma beserta no. larian 68, kami diberikan taklimat ringkas berkenaan dgn keselamatan oleh pegawai trafik Lawas. Larian dilepaskan jam 7.15 pagi oleh wakil rakyat Lawas, Dato Sri Henry Sum Agong.
3.25km
13 minit
Rabu, 2 Januari 2019
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) 2019
Hari pertama persekolahan anak2..
Muhammad Redza Mirza 6 tahun
Muhammad Riyadh Muayyad 5 tahun
Berbeza dgn tahun lepas, perasaan risau tu kurang sikit sebab anak2 sdh bersekolah di sni dan telah kenal ramai kwn2.. Redza sgt bsmgat dan tak sabar2 pergi ke sekolah dan bjumpa dgn kwn2nya.. Lain pla dgn Riyadh, smgatnya agk kurang skit, tp dia tahu jga hari ini akan mula bsekolah wpun agak kberatan utk brsekolah..
Semoga anak2 menjadi insan yg berguna dan mndapat ilmu duniawi dan akhirat..

Langgan:
Catatan (Atom)