Halaman

Isnin, 6 Jun 2016

MULA CAT SUDAH

Jangkaan membuat parit boleh siap selama 3 hari salah. Cuaca yang tidak menentu sekarang ni, hujan dari pagi hingga ke petang menyebabkan longkang tidak dapat disiapkan seperti yang dijangka. Walaupun binaan longkang sekeliling rumah sudah siap, hanya perlu untuk diratakan dengan simen sahaja lagi, mungkin perlu mengambil masa hingga 2 hari untuk disiapkan. Sementara menunggu cuaca yang sesuai. Kelmarin, pekerja sudah mula mengecat rumah bermula daripada ruangan bilik 1,2 dan 3 dan hingga ke petang kelmarin, mereka sudah mengecat hingga ke bilik utama. Alhamdulillah..diharap kerja-kerja di peringkat akhir ini dapat disiapkan secepatnya sebelum tiba hari raya nanti.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan