Lebih 90% kerja menyiapkan rumah telah dijalankan. Proses mengecat dinding luar rumah pun hampir siap sepenuhnya. Walaupun hanya mampu memerhatikan dari kejauhan, dengan gambar-gambar yang telah dihantar, kiranya segala keinginan dan kemahuan warna cat rumah sudah pun diuruskan. Hujung minggu ni, semua tingkap rumah akan mula dipasang dan Insha Allah, boleh dikatakan selepas itu hampir siap 100%..Alhamdulillah, semoga ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Cuma nak dipastikan segala kerja-kerja rumah yang dibuat di peringkat akhir iaitu urusan perpaipan, untuk menguji pengaliran paip air berjalan dengan baik, pancuran air untuk mandi, di sinki dan tandas serta sistem kumbahan tiada masalah dan perkara2 lain yang berkaitan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan