Halaman
Ahad, 19 Jun 2016
Sabtu, 18 Jun 2016
PASANG TINGKAP RUMAH
Proses memasang tingkap rumah telah dibuat hari ini, menunggu tukang tingkap dari Tuaran. Lebih kurang pukul 12.00 baru mereka sampai. Hanya memerlukan tidak sampai 4 jam untuk menyiapkan keseluruhan tingkap rumah. Walaupun hanya 2 orang pekerja yang menguruskan tingkap tersebut, disebabkan sudah biasa memasang, kerja tersebut siap pukul 4 petang. Baki duit untuk bayaran tingkap dibuat secara bank in terus.
Rabu, 15 Jun 2016
HAMPIR SELESAI
Lebih 90% kerja menyiapkan rumah telah dijalankan. Proses mengecat dinding luar rumah pun hampir siap sepenuhnya. Walaupun hanya mampu memerhatikan dari kejauhan, dengan gambar-gambar yang telah dihantar, kiranya segala keinginan dan kemahuan warna cat rumah sudah pun diuruskan. Hujung minggu ni, semua tingkap rumah akan mula dipasang dan Insha Allah, boleh dikatakan selepas itu hampir siap 100%..Alhamdulillah, semoga ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Cuma nak dipastikan segala kerja-kerja rumah yang dibuat di peringkat akhir iaitu urusan perpaipan, untuk menguji pengaliran paip air berjalan dengan baik, pancuran air untuk mandi, di sinki dan tandas serta sistem kumbahan tiada masalah dan perkara2 lain yang berkaitan..
Selasa, 14 Jun 2016
ANAK-ANAK ABAH
Tengok gelagat dan aksi anak-anak, teringin pula nak update cerita tentang mereka..Alhamdulillah, usia perkahwinan hampir menginjak ke ulangtahun yang ke 5, anak seramai 2 orang yang semakin membesar dengan kasih sayang abah dan ummi, semakin nakal dan geram tengok gelagat mereka..Dengan beza umur hanya setahun, yang tua, Muhammad Redza Mirza berumur 3 tahun 3 bulan..yang adik Muhammad Riyadh Muayyad berumur 1 tahun 6 bulan..memang umur2 mereka di usia begini, xmenang tangan nak larang..macam2 aksi dan peel mereka..jalan2 dan pusing sekitar rumah, main basikal sama2, si abang kayuh dan si adik tumpang di belakang..tengok kartun sama2 dan rancangan yang mereka minat sekarang 'takeshi castle' di channel astro ceria 611, ketawa sama2..memang lucu..
Si Redza, dari umur setahun lebih dah dihantar ke taska, tahun depan umur 4 tahun kena pergi ke tabika sudah..
Si Riyadh, dari yang kecil lagi dah dihantar ke tempat pengasuh dekat dengan rumah yang kami sewa ni..hampir setahun lebih sudah dijaga oleh pengasuhnya..
Masa berlalu begitu cepat, melihat kepada perkembangan anak2 di depan mata, kekadang rindu juga teringat zaman mereka kecil2 dulu, melihat gambar waktu mereka kecil, video mereka waktu mula lahir, mula bertiarap, mula merangkak dan berjalan..senyum, ketawa dan mula pandai bercakap..
Kalau dilihat rutin harian kami sekarang ni, pagi lepas mandi dan solat subuh..si isteri siapkan pakai baju suami dan anak2..bangunkan redza, mandikan dan pakaikan baju..si adik pun turut bangun sama..lepas tu, hantar redza balik kampung dulu, pergi ke taska..barulah pergi kerja..isteri pula hantar riyadh ke tempat pengasuh dulu, barulah pergi ke tempat kerja..petang lebih kurang pukul 5 petang, barulah balik ke rumah sewa sebelum ambil anak di tempat pengasuh..begitulah rutin harian kami..
Isnin, 13 Jun 2016
Khamis, 9 Jun 2016
PERKEMBANGAN TERKINI MENGECAT RUMAH
Dalam tempoh hanya 4 hari, banyak ruangan rumah sudah dicat. Ruang tamu, ruangan tengah, ruang makan, ruang keluarga, ruang makan, tandas dan dinding di beranda rumah semua sudah dicat. Termasuklah pintu di setiap bilik. Hanya ruangan luar rumah saja yang belum dicat.
Rabu, 8 Jun 2016
AKU HAMBA YANG LEMAH
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku merafakkan sembah kepadaMu,
di bulan yang mulia ini,
Aku telah berbuat dosa kepadaMu Ya Allah,
Ampunilah dosa hambamu ini,
yang sangat lemah dan hina di sisiMu,
Segala perbuatanku, segala perkataanku, segala bisik hatiku telah membuat kemurkaanMu Ya Allah,
Alangkah jahilnya diriku ini, hanya mengikut rasa hati, mengikut nafsu,
Astaghfirullah al azim..
Aku bertaubat kepadamu Ya Allah,
Yang Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf,
Aku berjanji padamu, segala kesalahanku ini tidak akan aku lakukan lagi, aku menyesal Ya Allah, aku menyesal..
ampunilah dosaku ini..aku tidak mahu tergolong dalam orang yang mendapat murkamu, tergolong ke dalam orang2 yang rugi..
Ya Allah, sekiranya perbuatanku ini, sekiranya perkataanku ini, sekiranya tindakanku ini telah membuatkan orang yang aku sayang menangis, aku mohon kau ampunilah dosaku..aku takut Ya Allah, aku takut Ya Allah, aku telah berlaku zalim di atas amanah yang telah Kau berikan kepadaku Ya Allah..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Lembutkanlah hatiku ini,
Lembutkanlah hatiku ini,
Lembutkanlah hatiku ini Ya Allah..
Aku memohon ampun padamu,
Aku merayu padamu,
Aku berharap padamu Ya Allah,
jauhkanlah dari bersikap marah, menengking, berteriak, meluahkan rasa ketidakpuasan hati tanpa memikirkan sebab dan akibat..
Hindarilah diriku dari bersifat pemarah..
Ya Allah..aku memohon ampun padamu..
Aku memohon ampun padamu...
Aku memohon ampun padamu..
Aku memohon ampun padamu...Ya Allah..
Astagfirullah..Astaghfirullah..
Astaghfirullah al azim..
Aku merafakkan sembah kepadaMu,
di bulan yang mulia ini,
Aku telah berbuat dosa kepadaMu Ya Allah,
Ampunilah dosa hambamu ini,
yang sangat lemah dan hina di sisiMu,
Segala perbuatanku, segala perkataanku, segala bisik hatiku telah membuat kemurkaanMu Ya Allah,
Alangkah jahilnya diriku ini, hanya mengikut rasa hati, mengikut nafsu,
Astaghfirullah al azim..
Aku bertaubat kepadamu Ya Allah,
Yang Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf,
Aku berjanji padamu, segala kesalahanku ini tidak akan aku lakukan lagi, aku menyesal Ya Allah, aku menyesal..
ampunilah dosaku ini..aku tidak mahu tergolong dalam orang yang mendapat murkamu, tergolong ke dalam orang2 yang rugi..
Ya Allah, sekiranya perbuatanku ini, sekiranya perkataanku ini, sekiranya tindakanku ini telah membuatkan orang yang aku sayang menangis, aku mohon kau ampunilah dosaku..aku takut Ya Allah, aku takut Ya Allah, aku telah berlaku zalim di atas amanah yang telah Kau berikan kepadaku Ya Allah..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Lembutkanlah hatiku ini,
Lembutkanlah hatiku ini,
Lembutkanlah hatiku ini Ya Allah..
Aku memohon ampun padamu,
Aku merayu padamu,
Aku berharap padamu Ya Allah,
jauhkanlah dari bersikap marah, menengking, berteriak, meluahkan rasa ketidakpuasan hati tanpa memikirkan sebab dan akibat..
Hindarilah diriku dari bersifat pemarah..
Ya Allah..aku memohon ampun padamu..
Aku memohon ampun padamu...
Aku memohon ampun padamu..
Aku memohon ampun padamu...Ya Allah..
Astagfirullah..Astaghfirullah..
Astaghfirullah al azim..
Isnin, 6 Jun 2016
MULA CAT SUDAH
Jangkaan membuat parit boleh siap selama 3 hari salah. Cuaca yang tidak menentu sekarang ni, hujan dari pagi hingga ke petang menyebabkan longkang tidak dapat disiapkan seperti yang dijangka. Walaupun binaan longkang sekeliling rumah sudah siap, hanya perlu untuk diratakan dengan simen sahaja lagi, mungkin perlu mengambil masa hingga 2 hari untuk disiapkan. Sementara menunggu cuaca yang sesuai. Kelmarin, pekerja sudah mula mengecat rumah bermula daripada ruangan bilik 1,2 dan 3 dan hingga ke petang kelmarin, mereka sudah mengecat hingga ke bilik utama. Alhamdulillah..diharap kerja-kerja di peringkat akhir ini dapat disiapkan secepatnya sebelum tiba hari raya nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)