Halaman

Ahad, 10 Disember 2017

HAPPY ANNIVERSARY KE 6 TAHUN...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT ISTERI
NURAZIAN BT MARISEN....
10 DISEMBER 2011..6 TAHUN..

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya diciptakan untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikanNya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaranNya bagi orang-orang yang berfikir”.

Ya Allah, Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai ketika dekat, serta saling melengkapi dalam urusan seharian dan jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak.

Ya Allah, Limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami sentiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhaMu.


Ya Allah… Berkatilah penglihatan kami, hati kami pendengaran kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.


Kami belajar dari kehidupan ini, jadikanlah kami menjadi pasangan yang saling mencintai keranaMu. Limpahkanlah keberkatan kepada keluarga kami. Terimalah semua ibadah keluarga kami. Pertemukanlah kami di sisiMu nanti dengan wajah yang berseri-seri. Amin ya Rabbal Alamiin...












Saat seorang wanita telah memilihmu,
Bererti dia telah meletakkan kepercayaan akan kepimpinanmu,

Saat seorang wanita mencintai daya dan kemampuanmu,
bererti dia sedang siap untuk berjuang bersamamu,

Saat seorang wanita telah menerima lamaranmu,
bererti dia telah siap sedia menerimamu apa adanya,

Maka jagalah dirinya, kerana di situ telah tergenggam 
satu amanah dan kehormatan, mengenal agama, mengetahui dosa pahala,
kerana rahimnya nanti adalah juga tempat melahirkan putera puterimu,

Muliakanlah dirinya, kerana dia adalah antara salah satu jalan syurga
untukmu dan anak-anakmu nanti..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan