Setelah sekian lama menanti, bilalah agaknya boleh mendiami rumah yang sdh lama siap ni..mau dkat setahun lebih..walaupun proses wiring blum dpt disiapkan sepenuhnya..keinginan utk tggal di rmh sdh x sbar rasanya..
Alhamdulillah, syukur..penantian demi penantian akhirnya berakhir..mencari hari yang paling sesuai, masa yang sesuai..
Tarikh dan masa yang dipilih ialah pada malam Jumaat, 12 Rabiulawal..mungkin tarikh ni lah yg pling afdal apatah lagi esuk merupakan sambutan Maulidur Rasul memperingati hari kelahiran Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w ..memohon keberkatan di sana.
Majlis doa selamat dibuat secara kecil2an shaja, Insha Allah..ada rezeki buat yg lbih bsar skit..
dimulakan dengan azan di 4 penjuru rumah..
Selepas tu, kami menunaikan solat Isyak secara berjemaah,
Setelah selesai, barulah membaca surah Yaasin dan bacaan doa selamat semoga kami semua mendapat keselamatan, perlindungan dan terhindar daripada segala gangguan yang nyata mahupun tersembunyi. Aamiin..
Di kesempatan tersebut, kami meraikan hari jadi sepupu Redza n Riyadh..dan menikmati sedikit jamuan makan malam yang telah disediakan.
Dan malam ni jugalah, kami akan tidur untuk pertama kalinya..walaupun bukan di dalam bilik, tidur di ruang tamu sja..
Semoga majlis ringkas (doa selamat pindah rumah) yang telah kami laksanakan ini diberkati dan dirahmati olehNya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan