Halaman

Selasa, 11 Disember 2012

HAPPY 1st ANNIVERSARY

Happy 1st Anniversary, Sayang..

menyarungkan cincin perkahwinan









Aku terima nikahnya!!...






Bismillahirrahmanirrahim...

Inilah kisahku, satuperjalananinsan...ku coretkan di dalam laman maya ini, untuk kuluahkan segala isi hatiku, jalan kisahku, perjalanan hidupku..untuk kenangan, tatapan, titipan kita di kemudian hari...

Tanggal 10.12.2012 (kelmarin) merupakan ulangtahun pertama perkahwinan bersama isteri tercinta, Nurazian binti Marisen, seperti kurasakan baru semalam kita bersanding di pelamin yang serba merah, tak terasa usia perkahwinan kita sudah mencapai setahun. Tiada hadiah yang lebih berharga yang mampu abang hadiahkan kepadamu sayang, hanyalah sebuah doa, semoga hubungan kita ini akan sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..

Walaupun abang ada membuat kejutan (surprise) untuk sayang, sekadar biasa-biasa saja, untuk kita suami isteri. Mungkin lepas ni, Insya Allah, kita sambut tahun hadapan dengan lebih meriah lagi, lebih besar lagi, bersama keluarga kita, dengan anak kita (Insya Allah).

Abang bukanlah lelaki romantik, yang penuh dengan madah-madah indah, kata-kata berbunga, yang dapat membisikkan sesuatu ke telinga sayang. Hanya dengan luahan di dalam satuperjalananinsan ini, sayang akan tersenyum dan terus tersenyum, hati sayang akan sentiasa berbunga indah. Dengan melihat wajah sayang yang gembira dan ceria, hati abang pun akan turut gembira. Sentiasa ceria membawa zuriat abang, tak lama lagi 6 bulan, bulan 4 tahun hadapan abang akan bergelar ayah. Terima kasih sayang.

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kita sayang,  luv u 4eva...

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan