Bismillahirrahmanirrahim..
Sekadar coretan, ingin ku ceritakan di atas satuperjalananinsan ini, untuk tatapan, peringatan kisah sepanjang hidupku agar dapat aku dan kalian ambil tauladan dan sempadan..
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri..
Memang sesuai bait-bait lirik lagu yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sama seperti aku yang juga bergelar suami kepada Nurazian bt Marisen..ikutilah kisahku..
Maafkan abang sayang,
Mungkin sayang terluka, kecewa, merana,
Dengan segala tindakan, perbuatan, gerak-geri abang,
yang berubah, tidak menghiraukan sayang..
Maafkan abang sayang,
Abang langsung tidak terniat, apatah lagi terlintas
di fikiran untuk melakukan semua ini,
ketika abang mencoretkan isi hati ini,
Fikiran abang masih bercampur-baur, buntu..
Abang juga sedih, kecewa, terluka dan bermacam-macam lagi.
Maafkan abang sayang,
Abang nak sayang tahu,
Sayang adalah yang terbaik bagi abang,
sayang sudah cukup untuk melengkapkan hidup abang,
apatah lagi kita akan bergelar ayah ibu tak lama lagi,
sayang sudah beri segalanya untuk abang,
jaga pakai tidur abang, jaga makan minum abang,
Jaga segalanya bagi kita berdua..
Terima kasih sayang..
Maafkan abang sayang,
Abang cuma nak bagitahu kat sayang,
"Syurga di bawah telapak kaki suami'
Mungkin agak janggal kita dengar, kerana kita selalu dengar,
"Syurga di bawah telapak kaki ibu"
Itulah hakikat untuk orang yang bersuami isteri macam kita,
Maafkan abang sayang,
Abang tak nak sayang engkar pada kata-kata abang,
Apa yang abang katakan untuk kebaikan kita bersama,
Abang pun selalu bertolak ansur dengan sayang,
Apa yang sayang mahu, abang turutkan,
Abang jaga perasaan sayang,
Tapi abang nak sayang pun berperasaan macam tu,
Bertolak ansur ngan abang.
Sebab..
Abang punya tanggungjawab,
tanggungjawab sebagai suami,
tanggungjawab sebagai anak,
tanggungjawab sebagai abang,
tanggungjawab sebagai adik,
mengertilah sayang..
Maafkan abang sayang,
Masalah yang kecil, seseorang lain cara menilai,
kekadang kecil bagi sayang,
besar bagi abang, sebaliknya...
Abang harap sayang faham apa yang abang maksudkan,
tak perlu abang bagitahu apa masalahnya, sayang pun tahu.
Maafkan abang sayang,
mungkin selepas ini kita akan lebih saling faham memahami,
lebih bertolak ansur,
segala apa yang katakan sayang tidak akan bantah,
agar kehidupan kita saling lengkap melengkapi,
Maafkan abang sayang,
Maafkan abang tidak menghiraukan sayang,
Maafkan abang tidak melayan sayang,
Maafkan abang tidak bacakan 'ayat' untuk baby kita,
Maafkan abang tidak mencium pipi sayang,
Maafkan abang biarkan sayang pergi kerja macam tu saja,
kerja dalam keadaan keliru, sedih, menangis.
Maafkan abang tidak menunggu sayang di tepi pintu, untuk sayang pergi kerja.
Maafkan abang seperti kita macam orang asing yang tidak kenal..
Maafkan abang untuk segalanya..
Maafkanlah abang sayang..
Halaman
Khamis, 13 Disember 2012
Selasa, 11 Disember 2012
HAPPY 1st ANNIVERSARY
Happy 1st Anniversary, Sayang..
menyarungkan cincin perkahwinan |
Inilah kisahku, satuperjalananinsan...ku coretkan di dalam laman maya ini, untuk kuluahkan segala isi hatiku, jalan kisahku, perjalanan hidupku..untuk kenangan, tatapan, titipan kita di kemudian hari...
Tanggal 10.12.2012 (kelmarin) merupakan ulangtahun pertama perkahwinan bersama isteri tercinta, Nurazian binti Marisen, seperti kurasakan baru semalam kita bersanding di pelamin yang serba merah, tak terasa usia perkahwinan kita sudah mencapai setahun. Tiada hadiah yang lebih berharga yang mampu abang hadiahkan kepadamu sayang, hanyalah sebuah doa, semoga hubungan kita ini akan sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..
Walaupun abang ada membuat kejutan (surprise) untuk sayang, sekadar biasa-biasa saja, untuk kita suami isteri. Mungkin lepas ni, Insya Allah, kita sambut tahun hadapan dengan lebih meriah lagi, lebih besar lagi, bersama keluarga kita, dengan anak kita (Insya Allah).
Abang bukanlah lelaki romantik, yang penuh dengan madah-madah indah, kata-kata berbunga, yang dapat membisikkan sesuatu ke telinga sayang. Hanya dengan luahan di dalam satuperjalananinsan ini, sayang akan tersenyum dan terus tersenyum, hati sayang akan sentiasa berbunga indah. Dengan melihat wajah sayang yang gembira dan ceria, hati abang pun akan turut gembira. Sentiasa ceria membawa zuriat abang, tak lama lagi 6 bulan, bulan 4 tahun hadapan abang akan bergelar ayah. Terima kasih sayang.
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kita sayang, luv u 4eva...
Khamis, 6 Disember 2012
Renungkan bersama Cinta Dunia vs Cinta Akhirat
Assalamualaikum w.b.t...
Inilah catatan seorang insan, satuperjalananinsan, kuabadikan di dalam laman maya ini untuk renungan kita bersama, kepada sesiapa yang membaca dan terbaca catatan ku ini. marilah kita renungkan bersama. Semoga kita beroleh iktibar dan menjadi panduan...
Al-Imam Hasan Al-Basri r.h.m berkata, "Tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebahagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang besar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana mencintai dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakaiNya adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?" (Mawaizh Al-Imam Hasan Al-Basri)
Al-Imam Sufyan Al-Tsauri r.h.m berkata, "Telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah s.w.t. Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memenuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh. Kemudian engkau cuba memasukkan barang lain ke dalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi. "Beliau berkata lagi: "Sesungguhnya aku benar-benar dapat mengenali kecintaan seseorang terhadap dunia berdasarkan cara pengkormatannya terhadap ahli dunia." (Mawa'izh Al-Imam Sufyan Al-Tsauri)
Sifat orang cinta dunia
- Tamak terhadap sesuatu
- Tidak memberi peluang kepada orang lain
- Suka salahkan orang apabila gagal
- Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki
- Sibuk dengan urusan dunia hingga melupakan akhirat
- Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran
Cinta akhirat
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya." (Riwayat Al-Tarmizi)
Firman Allah yang bermaksud, "Sesiapa yang hendak keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang hendak keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat." (Surah As-Syura 42:20)
Mereka yang cinta akhirat diberi kemudahan menikmati dunia. Firman Allah yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya dan hanya kepadaNya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan." (Surah Al-Mulk 67:15)
Untung cinta akhirat
- Siapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunianya.
- Siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia lain.
- Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.
- Siapa yang menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan lewat satu haripun melainkan dia akan kembali.
Orang yang ingat akhirat
- Tidak melihat urusan dunia kecuali akan mengaitkan dengan akhirat.
- Tidak berkumpul dengan keluarganya kecuali membayangkan berkumpul bersama penduduk syurga.
- tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan sutera milik penghuni syurga.
- Tidak menyeberang sebuah jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka.
- Tidak mendengar suara yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangkakala.
- Tidak pernah berbicara tentang suatu perkara melainkan ada kaitannya dengan akhirat. Wallahualam...
Langgan:
Catatan (Atom)