Tahun 2018 membuka tirainya, dan hari ni 2 Januari Redza dan Riyadh akan memulakan persekolahan mereka di PASTI Sipitang. Redza bersemangat utk bersekolah berbanding adiknya, Riyadh memandangkan mempunyai pengalaman bersekolah sebelum ni, dari Redza berumur 2 tahun lagi. Riyadh pastinya akan merasakan suasana persekolahan yg baru walaupun sebelum ni pernah juga bersekolah di Taska Ulu Merapok, itupun sekejap saja. Dan kami ummi dan abah juga merasakan prubahan kehidupan bermula hari ni..menyediakan segala keperluan utk anak2, bangun seawal jam 4.30 pagi lg..selepas mandi, Solat Subuh..ummi akan memasak utk bekalan anak2 di sekolah nanti disebabkan pihak sekolah tidak menyediakan mkanan utk pelajar. Abah pula mengejutkan Redza dan Riyadh bangun dari tidur seawal jam 5.45 pagi..suatu keadaan yg sangat baru bg anak2..sebelum ni anak2 bangun pkul 9 setiap hari..mungkin keadaan ini akan menjadi suatu kebiasaan jika diamalkan setiap hari. Selesai mandi, ummi akan memakaikan pakaian sekolah utk anak2 dan bersedia utk bersarapan. Pkul 6.15 pagi, abah akan menghantar ke sekolah di Sipitang..lepas hantar, barulah pergi ke tempat kerja. Begitulah rutin kehidupan yang akan kami lalui setiap selepas ini.
|
masih nyenyak tido lg..huhu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan