2 minggu ditunggu...satu tempoh yang difikirkan mungkin tidak la berapa lama jika tiada perkara yang perlu ditunggu...tapi, apabila ada perkara yang penting, lebih-lebih lagi mau balik jumpa anak-anak, tempoh masa tu memang sangat lama..
Dan sekarang ni, setiap kali jumpa anak-anak mesti ada aktiviti yang perlu dilakukan supaya hujung minggu tersebut seronok dan menggembirakan buat mereka..
Sabtu dan Ahad ni..memang sudah dirancang nak bawa dorang pergi ke poring dan ke desa catle..mau mandi2 di kolam air panas dan tengok sapi.
Aktiviti Hari Sabtu
Mandi di poring hot spring
Aktiviti Hari Ahad
Jalan di Desa Catle
Halaman
Ahad, 30 Oktober 2016
Ahad, 23 Oktober 2016
YA ALLAH, BERILAH KAMI KEKUATAN
Setiap kali aku rindukan anak-anakku, dan setiap kali itulah ku pandang dan kutatap gambar mereka..
Berat rasanya menanggung perasaan yang terbuku dihati..
Walau hanya sekeping gambar, namun daripada reaksi wajah mereka, pasti dan aku pasti..anak-anakku pasti tercari-cari dan tertunggu-tunggu, bilakah abah dan ummi mereka akan datang..
Inginkan curahan kasih sayang dari kami..pilu..
DI BENAK FIKIRAN RIYADH
Mungkin Riyadh pun ingin luahkan pertanyaan, "Mana ummi nek? Mana abah tok?Kenapa dorang tak balik-balik lagi"..
Riyadh rindu nek..Riyadh rindu tok..mau isap nenen..mau peluk abah..lambatnya dorang balik..."Abang, mana ummi ni?...mana abah ni?..takkan kerja tak balik-balik lagi..
DI BENAK FIKIRAN REDZA
Redza walaupun sudah lancar bercakap dan tahu di mana abah dan umminya..masih juga bertanya
Kenapa ummi lambat balik?..Redza rindu ummi, Redza rindu abah..lama juga..setiap kali bertelefon dengan umminya, ada saja cerita ingin dia bagitahu..bila mau balik, belikan Redza mainan, mau ikut ummi pergi kerja...mau ikut abah balik Lawas, baby (Riyadh) pukul Redza..gigit...cepatlah ummi dan abah balik..Kesian Redza dan baby...
Minggu ni, terpaksa korbankan masa tak dapat jenguk anak-anak..biasanya tak sabar menunggu hari Jumaat..
Setiap hari yang ditunggu terasa lama..kalau sudah rindu Abahnya tidak dapat tertanggung apatah lagi perasaan umminya..sukar untuk digambarkan..berlipat kali ganda perasaan rindunya...
Dan setiap kali kutatap gambar mereka, dan setiap kali itulah aku cuba pujuk perasaan agar terus bersabar..dan terus bersabar..pengorbanan yang telah mereka berikan..yang inginkan belaian manja dari seorang ummi dan abahnya..
Setiap kali balik untuk jenguk, mereka akan menunggu di anjung pintu melompat-lompat keriangan..berteriak memanggil-manggil..huh, Ya Allah sungguh besar ujian yang kau berikan ini..hanya kerana berjauhan dari mereka, sudah cukup ku rasa terseksa..dan tanpa ku sedar, dan tak mampu ku tahan..mengalir juga air mata ini, makin lama semakin deras..biarlah..biarlah
Mungkin juga airmata yang menitis itu mampu mengubat sedikit jiwa yang menahan rindu..
Anak-anak Abah,
Maafkan abah kerana selalu mengabaikan tanggungjawab memberikan kasih sayang kepada kamu..
Insya Allah, abah janji lepas ini..abah akan cuba menjadi yang terbaik dari yang terbaik..
Anak-anak abah,
Maafkan juga abah, bukan abah tak mahu telefon, bertanyakan khabar kamu, keadaan kamu..sebenarnya abah tidak sanggup mendengar dan tidak sanggup bercakap..pasti abah sedih dan rindu pada kamu semua..
Memang ada hikmah yang Allah telah tetapkan dan tentukan untuk keluarga kita, mungkin Allah nak bagi peluang dan ruang kepada abah yang pastinya untuk muhasabah diri..renung kembali segala tingkah laku abah..kekurangan dan kekhilafan sepanjang mendidik kamu..
Abah akan cuba buat yang terbaik untuk keluarga kita..
Rindu kamu semuanya....
Ahad, 16 Oktober 2016
JALAN JALAN
Sekarang ni, setiap hujung minggu akan balik melawat dan menjenguk anak-anak di Ranau. Balik dari kerja terus pandu kereta ke KK, singgah solat Jumaat di masjid yang berdekatan, Jumaat baru ni, solat di Masjid Membakut, masjid baru. Selepas isteri pulang dari kolej, terus balik ke Ranau dan sampai lebih kurang pukul 8.30 malam. Sebelum tu, singgah di kedai dulu belikan ole-ole untuk anak-anak. RINDU ANAK, REDZA DAN RIYADH...
Hari Sabtu, pergi bawa anak melawat 'arnab village', luangkan masa bawa dorang. Lama sudah tak bawa jalan2..
Dari pekan Ranau ke tempat tu ambil masa 10 minit, melalui jalan yang tidak rata. Mungkin klau gna kreta kcil, susah jga mau msuk. Tiket masuk untuk dewasa RM3 dan kanak-kanak RM2. Makanan arnab pun kena beli RM1 sebungkus..
Hari ni, sebelum balik KK..bawa dorang lagi jalan-jalan ke Luan Ti, mau tengok ikan..belum pernah lg bawa tengok ikan di sana..
Jalan pukul 2 petang, tiket masuk RM5 untuk orang dewasa, dan budak di bawah 6 tahun masuk percuma..makanan ikan limited edition, sorang hanya dapat beli satu, harga 20 sen..masuk ke tempat ikan tu pun ditetapkan masa hanya 15 minit..
Sedang bermain dengan arnab |
Tak tau siapa yang excited |
Belai-belai |
Ambil pose sekejap |
Hari ni, sebelum balik KK..bawa dorang lagi jalan-jalan ke Luan Ti, mau tengok ikan..belum pernah lg bawa tengok ikan di sana..
Jalan pukul 2 petang, tiket masuk RM5 untuk orang dewasa, dan budak di bawah 6 tahun masuk percuma..makanan ikan limited edition, sorang hanya dapat beli satu, harga 20 sen..masuk ke tempat ikan tu pun ditetapkan masa hanya 15 minit..
Redza nangis xmau pegang ikan |
Crita dgn pgunjung dr Kedah |
Posing ja la wlaupun x brani pgang ikan.. |
Langgan:
Catatan (Atom)