Halaman

Ahad, 14 Februari 2016

HABIS DAH CUTI CNY

Hampir seminggu lebih menghabiskan cuti perayaan tahun baru cina di rumah mertua dan seterusnya menguruskan projek menyiapkan rumahku. Masa yang ada digunakan dengan sebaiknya bagi memastikan segala urusan rumah dilakukan dengan baik agar tidak berlaku lagi ketidakpuasan hati. Segala barang kelengkapan rumah iaitu konis, siling kapur dan urusan yang berkaitan dengan pembinaan siling rumah telah ditempah dan dihantar dari KK. Kerangka siling rumah telah pun siap dipasang mengikut pelan setiap ruang rumah.

ruangan tengah yang sudah diletak kerangka siling

 Minggu depan siling kapur akan mula ditampal. Dalam minggu ini juga 'mainhole' untuk pembentungan telah siap dibina dengan keluasan 6"x8" dengan kedalaman 6".

mainhole 

Tiles untuk lantai rumah telah pun dibeli walaupun belum habis dipilih. Semua kedai tiles di kawasan KK telah dimasuki bagi memilih tiles yang cantik dan berkenan di hati. Kedai di Tuaran, KK, Penampang, Inanam, Putatan, Donggongan, Menggatal, semua sudah pergi..Dua kali pergi KK sepanjang minggu ini, hari Khamis dan Sabtu untuk membeli tiles dan dibawa balik. Hari Khamis tidak banyak kedai hardware yang buka di sekitar KK disebabkan masih cuti menyambut CNY. Hari Sabtu terpaksa pergi lagi.
 Tidak terasa masa seminggu sangat cepat, cuti sudah pun dipenghujungnya..hari ini, akan pulang ke Sipitang untuk kembali kerja setelah seminggu bercuti. Namun, dalam perjalanan balik ke Sipitang terpaksa ke Unit Kecemasan Hospital Tenom disebabkan anak demam selesema dan pernafasan terganggu. Diharap semuanya akan berada dalam keadaan baik dan sihat. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan