Setelah hampir seminggu selepas menanam culvert projek membuat rumah belum dapat dimulakan disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Barang-barang tidak dapat dibawa masuk ke tapak projek kerana culvert perlu ditanam sebiji lagi supaya laluan lori nanti boleh masuk ke tapak rumah. Baru kelmarin proses menanam culvert berjaya dijalankan disebabkan tengah minggu sambut Hari Raya Korban..
proses menimbus tanah di atas culvert |
peringkat akhir menimbus |
Selepas siap culvert ditanam, masalah lain pula iaitu barang-barang yang hendak dibeli sudah habis iaitu besi Y12 iaitu sebanyak 1 tan..besi tersebut perlu diorder terlebih dahulu dan dijangka sampai dalam minggu hadapan dan dijangka projek tersebut dimulakan setelah besi tersebut sampai. Hari ini, sudah buat pembayaran barang-barang asas pembinaan rumah Di harap selepas ini tidak lagi timbul masalah-masalah yang tidak diingini. Insha Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan