Halaman

Isnin, 28 Disember 2015

PERKEMBANGAN SELEPAS 3 BULAN

Genap 3 bulan, projek membuat rumah dijalankan. Kerja 'plaster' dinding rumah sedang dijalankan dan membuat 'wiring' telah pun selesai dibuat. Besi untuk kekuda rumah belum dapat dibuat, walaupun hampir sebulan besi kekuda tersebut sudah dihantar, kemungkinan dalam sehari dua barulah kekuda rumah akan dipasang..


Jumaat, 27 November 2015

SELEPAS 2 BULAN

kerja mengikat batu bata keseluruhan ruang rumah hampir selesai

kelihatan pekerja sedang berehat sambil menikmati minum petang

besi untuk atap rumah telah dihantar petang tadi sedia untuk dipasang

sebahagian besi untuk atap rumah yang sudah siap dipotong

Setelah genap dua bulan projek membuat rumah, kerja mengikat batu bata sudah hampir selesai dibuat. Selepas ini, 'roof bim' akan dibuat dan akan mengambil masa hampir seminggu untuk disiapkan. Petang tadi, besi untuk kerangka atap rumah telah dihantar yang dipesan dari Kota Kinabalu. Atap rumah juga akan dihantar setelah selesai kerja memasang kerangka tersebut dijalankan.

Isnin, 9 November 2015

GAMBAR TERKINI








Proses mengikat bata tertangguh sementara menunggu batu bata yang dipesan sebanyak 8 pallet lagi. Batu bsta tersebut akan dihantar selepas perayaan Deepavali.

Isnin, 2 November 2015

MENAIKKAN BATU BATA

Kerja mendirikan tiang rumah selesai pada hujung minggu lepas, setelah formwork untuk tiang-tiang rumah dibuka, proses menaikkan batu bata untuk dinding rumah akan dibuat. Untuk peringkat permulaan, sebanyak 8 pallet batu bata telah dipesan terus daripada kilang yang terdapat di tamparuli dengan harga sepallet lebih kurang RM356 termasuk GST dan kos penghantaran.






Khamis, 29 Oktober 2015

MENDIRIKAN TIANG RUMAH

Selepas proses menyimen lantai rumah selesai, kerja-kerja mendirikan tiang rumah akan dimulakan sebaik sahaja simen lantai keras. Kerja membuat formwork untuk tiang rumah juga sudah siap dibuat. Proses mendirikan tiang rumah iaitu sebanyak 24 tiang akan mengambil masa 2 hari untuk disiapkan. Selepas selesai membuat tiang rumah, barulah kerja menaikkan bata akan dijalankan. Untuk proses ini, sebanyak 70 beg simen telah dibeli, 15 ela pasir kasar dan 15 tan batu 3/4 telah dibeli bagi melancarkan urusan tersebut.

Ahad, 25 Oktober 2015

PERKEMBANGAN SELEPAS SEBULAN

proses menuang simen di lantai rumah
sedang meratakan simen
dijangka proses menyimen lantai lebih kurang 4 hari untuk disiapkan

Isnin, 12 Oktober 2015

KONKRIT GROUND BIM

Sepanjang minggu ini, setelah kerja-kerja membina formwork dan besi-besi untuk ground bim selesai dibuat, proses konkrit ground bim akan dijalankan. Ketinggian ground bim adalah 2 kaki daripada aras tanah. 
ground bim selepas diletak konkrit, formwork dibuka

Selesai saja urusan konkrit ground bim, seterusnya kerja menimbun pasir dan tanah ke dalam petak-petak untuk dijadikan lantai rumah akan dijalanakan.

Rabu, 7 Oktober 2015

BINA GROUND BIM

Selepas selesai meletakkan konkrit ke dalam pad footing dan stump, langkah seterusnya adalah menggali dan membuat ground bim di sekeliling tapak rumah untuk menghubungkan tiang ke tiang. Besi untuk ground bim tersebut telah pun siap dibuat pada hujung lepas dan perlu dihubungkan besi-besi tersebut dengan besi R5. Formwork untuk ground bim juga telah dibuat dengan menggunakan kayu 1x2 dan 1x8. Setelah siap, barulah simen akan dituang ke dalam ground bim tersebut.


Ahad, 4 Oktober 2015

KONKRIT PAD FOOTING DAN STUMP

Alhamdulillah, selepas seminggu memulakan projek, nampaknya perkembangan projek berjalan dengan baik. Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, untuk hari ini kerja membancuh simen untuk konkrit pad footing dan stump telah dijalankan. Sepanjang hari ini, hampir separuh daripada tiang yang dibuat telah pun dikonkrit. Walaupun berdepan dengan masalah, akhirnya kerja konkrit tesebut berjaya diteruskan. Masalah yang dimaksudkan ialah kesilapan membeli habuk batu yang disangka chipping. Sebenarnya habuk batu dipanggil 'dasun' dan chipping adalah batu-batu kecil yang digunakan untuk membuat lantai rumah nanti. Jadi, bagi mengatasi masalah tersebut, pasir kasar telah dibeli daripada kedai hardware yang berdekatan iaitu sebanyak 10 ela. Masalah tersebut saya anggap sebagai pengalaman yang berguna apatah lagi memang tidak mempunyai pengalaman dalam membina rumah.
pekerja sedang membancuh simen untuk konkrit pad footing
sedang menuang simen ke dalam footing


MEMBUAT LUBANG, MEMOTONG, MEMBENGKOK DAN MENGIKAT BESI

Kerja membina rumah diteruskan dengan membuat lubang (footing) berdasarkan pelan yang ada, lebih kurang 25 lubang telah digali sepanjang minggu ini. Setelah lubang telah siap digali lebih kurang sedalam 2 kaki, proses memotong, membentuk dan mengikat besi Y12 dan besi R5 dibuat bagi membuat pad footing dan stump bagi tiang2 yang telah digali.
Datang hari ini, hanya dapat memerhatikan kerja mengorek lubang telah pun siap dibuat sambil tukang menyiapkan besi2 tersebut. Batu 3/4 dan chipping telah pun dipesan dan sampai kelmarin yang diambil terus dari kilang di Tamparuli sebanyak 15 tan. Batu terpaksa diambil di sana bagi memastikan kualiti batu tersebut terjamin berbanding batu yang ada di Ranau yang banyak bercampur dengan tanah. Sementara chipping @ serbuk batu juga dibeli bagi menggantikan pasir kasar untuk tujuan membuat konkrit iaitu footing dan stamp. Kos untuk bawa barang tersebut RM800 setiap lori. Sebanyak 2 lori digunakan untuk mengangkat batu dan chipping tersebut.

Lubang digali sedalam 2 kaki untuk footing


Selasa, 29 September 2015

MEMAGAR TAPAK RUMAH

Setelah beberapa hari menunggu barang, akhirnya projek dapat dimulakan...Barang yang diorder hari ini iaitu kayu 1"x2"dan 1"x8". Apa yang dilakukan hari ini adalah memagar tapak projek dengan kayu 1"x2" di sekeliling tapak bagi memudahkan urusan pembinaan nanti. Setelah siap memagar, barulah menandakan tapak yang akan dibuat tiang-tiang rumah berdasarkan pelan dengan menggunakan benang.

Ahad, 27 September 2015

BINA RUMAH IMPIAN

Setelah hampir seminggu selepas menanam culvert projek membuat rumah belum dapat dimulakan disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Barang-barang tidak dapat dibawa masuk ke tapak projek kerana culvert perlu ditanam sebiji lagi supaya laluan lori nanti boleh masuk ke tapak rumah. Baru kelmarin proses menanam culvert berjaya dijalankan disebabkan tengah minggu sambut Hari Raya Korban..
proses menimbus tanah di atas culvert

peringkat akhir menimbus
Selepas siap culvert ditanam, masalah lain pula iaitu barang-barang yang hendak dibeli sudah habis iaitu besi Y12 iaitu sebanyak 1 tan..besi tersebut perlu diorder terlebih dahulu dan dijangka sampai dalam minggu hadapan dan dijangka projek tersebut dimulakan setelah besi tersebut sampai. Hari ini, sudah buat pembayaran barang-barang asas pembinaan rumah  Di harap selepas ini tidak lagi timbul masalah-masalah yang tidak diingini. Insha Allah..

Ahad, 20 September 2015

MEMBINA RUMAH IMPIANKU

Bermula kelmarin, projek rumah impian akan dimulakan..akan bermulalah perbincangan dengan tukang rumah tentang bahan-bahan yang perlu dibeli untuk memulakan projek tersebut. Lebih kurang pukul 11.00 pagi, bawa tukang rumah ke tapak projek. Setelah perbincangan selesai tentang barang-barang yang perlu dibeli, kami bercadang untuk membuat 'servay' harga barang tersebut di beberapa buah kedai hardware di sekitar pekan bagi mencari kedai yang paling murah..
Redza sedang memerhatikan pekerja memunggah barang
tinjauan harga barang di hardware sekitar Kundasang

Harga barang di sekitar pekan Ranau dan Kundasang lebih kurang saja, agak mahal sikit di tambah lagi dengan GST yang dikenakan..huh..
Setelah melakukan tinjauan harga barang di beberapa kedai, barulah dapat dipastikan kedai yang ingin digunakan..untuk kelmarin saja, beberapa barang telah dibeli seperti 'culvert' untuk ditanam bagi memudahkan laluan kereta atau lori yang akan membawa barang ke tapak rumah nanti. Selain itu, beberapa keping plywood juga dibeli untuk membuat rumah tempat tinggal sementara pekerja disebabkan jarak perjalanan dari rumah mereka agak jauh. Hari ini, proses menanam 'culvert' akan dijalankan, sekitar pukul 9.00 pagi bersama dengan dua orang pekerja pergi ke tapak projek untuk menggali tanah dan seterusnya menanam 'culvert' tersebut. Bukannya mudah hendak menggali apatah lagi tanah tersebut bercampur dengan batu-batuan. Sangat sukar dan mencabar. Dalam kepayahan tersebut memerlukan kesabaran yang tinggi ditambah lagi dengan panas matahari. Selama lebih kurang 4 jam menggali akhirnya 'culvert' tersebut berjaya juga ditanam. Alhamdulillah...esok pekerja tersebut akan mula membina rumah sementara mereka. Kerja membina rumah tidak dapat diteruskan hari ini disebabkan sangat penat dengan kerja-kerja menggali dan menanam 'culvert'..sebelum balik kami berhenti di restoran untuk makan tengah hari.
berhenti makan di salah sebuah restoran di Ranau




Khamis, 10 September 2015

Happy Besday Sayang...

Selamat Ulang tahun kelahiran sayang...7/9/2015..
yang ke-28 tahun...

Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan serta istiqomah dalam 
menjalani bahtera rumahtangga yang 
telah dibina selama ini..

Semoga diberikan kebahagiaan yang berpanjangan hingga ke akhirnya serta
memberikan didikan yang terbaik untuk
anak-anak kita sama ada didikan duniawi
dan ukhrawi...

Semoga segala yang sayang impikan dan citakan tercapai berkat iringan doa dan usaha serta tawakal kepadaNya..lebih-lebih lagi impian untuk mendirikan mahligai dapat berjalanan dengan lancar dan sempurna..

Semoga azam tahun lepas telah tercapai dan membina azam baru sempena bertambahnya dan meningkatnya umur dan kematangan...

Abang dan anak-anak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sayang @ ummi serta dapat menjadi isteri dan ummi yang terbaik untuk keluarga kita dan diredhai, diberkati oleh Allah..

Happy Birthday to you....

Dari Redza n Riyadh's Family..



Khamis, 1 Januari 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015 ABAH DAN UMMI

Assalamualaikum abah...
Assalamualaiku ummi..
Eja nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 buat abah dan ummi yg Eja sayang..
Di kesempatan ini, Eja ingin sampaikan harapan utk Eja sendiri, utk abah dan ummi dan utk adik Ejaaaaa..sayaaaangg adik Ejaaa..

Harapan Eja utk Eja sendiri Semoga dgn tahun baru ini Eja akan lbih 'matang' sdkit bbnding thn lpas..xnakal, dgr ckp abah n ummi, jd abg yg baik utk adiik..yg pnting kurangkn mnngis (msti abah n ummi syum ni kan, Eja tauuu,he)..dan yg paling utama Eja kna tau kasih sayang abah dan ummi utk Eja dh dibahagi2 kpd adiik..Eja kna fham tu..(kesian abah, smbut thun baru, smbil dodoi2kan Eja, xdpt tdo..tpaksala abah main hp..sma jga ngan auntie, ksiaan auntie..buat auntie tkjut psal td, sayang auntie)..xpa abah..ummi xdpt tdo jga adik d hspital..abah xdpt tdo jga Eja di sini..biar abah rasa, mcm mna ummi rsa bjaga mlm jga adik..aiks, jauh jga Eja mengkhayal ni..

Harapan utk abah n ummi pla, Eja harap abah n ummi dpt berikan ksih syg kpd Eja yg spnuhnya bkn stakat adik sja (abah n ummi kna tau Eja blum pn smpai 2 thun, blum ckup lg ksih syg kna bg...dh ada adik baru)..
xmarahkan Eja..yalah manatau Eja tpukul adik ka..buat nakal sikit ka, bkn apa Eja sja nak tnjukkan spaya Eja dbrikan prhatian..
ajar Eja agar bleh ckap dgn lncar dan btul, kan Eja thn ni pg sklah ngan abang Irfan..mau cari kwn2 baru dan blajar ngan Mok..hai Mok, nantikan Eja ngan abang Irfan..errrmmmm, Eja harap abah dan ummi akan stiasa fhm dgn prangai Eja, trutamanya abah, slalu ja marah2, pkul2 Eja..itu hrapan Eja utk abah n ummi..

utk adik Eja pla..

Slamat datang adik ke dlm keluarga kami..lma abang tggu adk kluar..xkluar2 jga..smpai kna paksa bru nak kluar..kesian ummi.., mcm abg jga,hehe..
adik kna tau, abang sntiasa sayang..adik kluar ja hri tu, abg dh dukung adk..blai2 adik..cium2 adik..adik x caya, meh sini abg kc tnjuk gmbr..
sedang mendukung adik

..itu tndanya abg sayaaang adik..sini abg bg tau psal abah n ummi..abah tu pmarah tu, ska tgking..suara tggi, tp abah baik..pnyayang, wpun pmarah tp abg xtkut,hehe..jgn ikut prngai abg ar..
ummi pla, ummi tu baik orgnya..sgt sabar, rajin, pyayang, suka blikan pakaian n pmainan utk abg..byk lg la...btul la ckp abah tu..tu ja abg nk bgtahu..

itu sjala coretan utk semua, Eja harap thn Baru ini akan sentiasa berikan kebahagiaan yg bpnjgan utk kluarga kita..Amin..

Selamat Tahun Baru 2015..
Daripada anakmu Eja (c eyang)