Halaman

Ahad, 19 April 2020

19 April.. Setahun masihi..

Dan hari ni juga, genap setahun pemergian adikku Rasidah mengikut kalendar masihi..tarikh ini pasti akan diingati stiap tahun, masih segar dlm ingatan 4 hari sebelum pemergiannya..menemankannya membuat temujanji doktor di QEH2.. setiap detik dan masa yg berlalu cukup pantas, tak terasa setahun dah ko pergi meninggalkan kami.. Allahu akbar..
Semoga rohmu dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh..Aamiin..

Selasa, 7 April 2020

13 Syaaban..

Al-Fatihah buat adikku Rasidah..
Setahun sdh berlalu, ko telah pergi meninggalkan kami..meninggalkan suami dan anak2mu..meninggalkan ibubapa dan kami adik beradikmu.. Masih terasa pedih, ngilu rasa hati hati ini, trasa sayu untuk kami kenang.. Trasa cepat ko pergi meninggalkan kami.. Suami dan anak2mu masih rindu belaian kasih sayangmu, kasih sayang isteri kpada suami dan anak2..
Kami juga rindu padamu, rindu betapa banyak kenangan pahit manis yang ditinggalkan, untuk kami kenang..sedari kecil membesar bersama, ketawa, menangis, bergaduh, tidur dan makan dan banyak lagi.. sukar utk digambarkan, betapa kami amat merindukanmu.. pergimu yg takkan kembali lagi..hanya menatap gambarmu dan melihat anak2mu, sangat berbekas di hati ini..Ya Allah..
Setahun ko pergi meninggalkan kami, setahun jugalah ku titipkan bacaan Yaasin, tahlil dan doa setiap hari, iya setiap hari tanpa ditinggalkan walau sehari pun..itu sahaja yang mampu ku lakukan tanda ingatan ku kepadamu sebagai tanda kasih sayang abang terhadap adiknya.. Semoga segala amal ibadahmu diterima oleh Allah, segala penderitaanmu dan kesabaranmu dalam menempuh ujian Allah ini akan dapat menghapuskan segala dosamu, mengangkat segala darjatmu, dan saham2 dan amal jariah yang ko tinggalkan akan memberikan manfaat padamu, dan Allah tempatkanmu di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan memasukkanmu ke dalam syurgaNya.. Aamiin...
Juga kepada keluarga yang ko tinggalkan.. Suami dan anak2mu, ibubapa dan kami adik beradik akan diberikan kesabaran dan bimbingan taufiq dan hidayah Allah agar sentiasa redha dengan ketentuan dan takdirnya, Aamiin..
sebgaimana firman Allah..
'Yang hidup pasti akan mati'..
dan yang pasti kami akan sentiasa merinduimu..
Adikku, Rasidah binti Tuah..
25.12.1985 - 19.4.2019 (Jumaat) bersamaan 13 Syaaban 1440h..