Walaupun sudah seminggu, kehangatannya masih ku rasa seperti baru semalam peristiwa ini berlaku, sukar untuk aku melupakan kerana setiap kali terpandang beg baby yang sudah lengkap terisi barang-barang keperluannya..aku berasa sangat sedih..sedih..apa lagi perkataan yang boleh aku ungkapkan untuk menunjukkan rasa kesedihan ini..ingin saja ku balut badan baby dengan pakaian baru yang sudah dibeli..untuk sekali saja..tapi aku tak mampu..biarlah ku simpan beg baby ini.
**********
Sebenarnya, kalau diikutkan hari ni ummi akan admit di hospital, dan esuk (Jumaat) akan dijangka melahirkan baby kami..setiap kali ummi menceritakan realiti kehidupan yang sepatutnya kami jalani bermula daripada 9hb..dan setiap kali itu jugala, kulihat ada riak duka menyelubungi mukanya..matanya hmpir bergenang mengalirkan airmata..walaupun kulihat ummi sangat tabah menghadapi semua ini, namun aku percaya jauh di sudut hatinya..masih lagi bersedih di atas kisah duka ini..apa tidak, 9 bulan dia mengendong membawa baby ke hulu dan ke hilir..siapa lah yang tak terasa kehilangannya..melihat orang lain di sekeliling gembira dan ketawa riang menyambut kelahiran cucu, anak dan adik mereka masing-masing..menghadirkan diri di hospital untuk berkongsi kegembiraan mereka..debaran yang mereka rasakan diakhiri dengan riak wajah kegembiraan. Tetapi kami berdebar2, sedih, duka menyelubungi ruang hati ini. Jiwa kosong dan berkecamuk.
******