Halaman

Ahad, 29 Mei 2016

PASANG PAGAR BERANDA

Sempena cuti sekolah 2 minggu, saya gunakan untuk memantau peringkat akhir proses menyiapkan rumah. Setelah pemasangan tiles rumah siap, tukang sedang menyiapkan parit di sekeliling rumah dan menyiapkan pembentungan najis 'mainhole'. Proses tersebut mengambil masa 3 hari untuk disiapkan.
Hari ini, pagar di beranda rumah telah dipasang dan telah disiapkan sepenuhnya pada petang tadi. Setelah menunggu dari bulan 2 lagi, pagar rumah sudah siap dipasang.












Sabtu, 21 Mei 2016

BULAN KE 8

Hampir sebulan lebih kerja memasang tiles dijalankan. Sampai ke hari ini, kerja tersebut belum dapat disiapkan. Pekerja hanya tinggal 2 orang sahaja, mungkin disebabkan itulah kerja tersebut agak perlahan jika dibandingkan pada awal tiles dipasang, seramai 3 orang. Seorang pekerja tersebut telah ditangkap polis, mungkin memang dikehendaki sebelum ini. Mungkin dalam tempoh beberapa hari saja lagi kerja memasang tiles akan siap dibuat dan dipasang. Tukang pasang tingkap dan pagar beranda rumah sudah banyak kali tanya bila agaknya mau pasang tingkap dan pagar. Disebabkan kerja lain belum siap terpaksalah ditunda hingga ke awal bulan depan. Haraplah....