Halaman
Ahad, 20 Mac 2016
RUMAH..
Melihat kepada perkembangan projek membuat rumah, syukur la hampir 65% berjalan seperti yang diinginkan walaupun agak perlahan kebelakangan ini. Yang penting, ia dilaksanakan langkah demi langkah. Hanya sedikit sahaja perkara yang besar untuk dibuat. Sekarang tukang rumah masih melakukan dan menyiapkan siling rumah. Yang lain telah pun mengecat rumah dengan menggunakan 'undercoat''. Sebahagian yang lain lagi sedang menyiapkan dan memasang mangkuk tandas di setiap ruang tandas. Selesai saja semua yang mereka buat, tukang akan menyiapkan siling di ruangan luar rumah, di ruangan 3 kaki di sekeliling rumah. Kemungkinan ia memerlukan 4 hari untuk disiapkan.
Khamis, 17 Mac 2016
PERKEMBANGAN TERKINI
Hampir 6 bulan kerja-kerja membuat rumah telah dijalankan. Dalam tempoh kebelakangan ini, kerja-kerja agak perlahan disebabkan kerja mewiring lambat untuk disiapkan dan kerja membuat siling rumah tidak dapat disiapkan secepat mungkin. Mungkin memerlukan masa 2 minggu lagi untuk kerja tersebut disiapkan. Longkang di sekeliling rumah pun belum siap. Siap saja siling rumah, barulah kerja memasang tiles untuk lantai rumah akan dijalankan sambil mengecat dinding rumah menggunakan 'undercoat'.
kerja memasang siling sedang dijalankan |
Langgan:
Catatan (Atom)