Halaman

Khamis, 29 Oktober 2015

MENDIRIKAN TIANG RUMAH

Selepas proses menyimen lantai rumah selesai, kerja-kerja mendirikan tiang rumah akan dimulakan sebaik sahaja simen lantai keras. Kerja membuat formwork untuk tiang rumah juga sudah siap dibuat. Proses mendirikan tiang rumah iaitu sebanyak 24 tiang akan mengambil masa 2 hari untuk disiapkan. Selepas selesai membuat tiang rumah, barulah kerja menaikkan bata akan dijalankan. Untuk proses ini, sebanyak 70 beg simen telah dibeli, 15 ela pasir kasar dan 15 tan batu 3/4 telah dibeli bagi melancarkan urusan tersebut.

Ahad, 25 Oktober 2015

PERKEMBANGAN SELEPAS SEBULAN

proses menuang simen di lantai rumah
sedang meratakan simen
dijangka proses menyimen lantai lebih kurang 4 hari untuk disiapkan

Isnin, 12 Oktober 2015

KONKRIT GROUND BIM

Sepanjang minggu ini, setelah kerja-kerja membina formwork dan besi-besi untuk ground bim selesai dibuat, proses konkrit ground bim akan dijalankan. Ketinggian ground bim adalah 2 kaki daripada aras tanah. 
ground bim selepas diletak konkrit, formwork dibuka

Selesai saja urusan konkrit ground bim, seterusnya kerja menimbun pasir dan tanah ke dalam petak-petak untuk dijadikan lantai rumah akan dijalanakan.

Rabu, 7 Oktober 2015

BINA GROUND BIM

Selepas selesai meletakkan konkrit ke dalam pad footing dan stump, langkah seterusnya adalah menggali dan membuat ground bim di sekeliling tapak rumah untuk menghubungkan tiang ke tiang. Besi untuk ground bim tersebut telah pun siap dibuat pada hujung lepas dan perlu dihubungkan besi-besi tersebut dengan besi R5. Formwork untuk ground bim juga telah dibuat dengan menggunakan kayu 1x2 dan 1x8. Setelah siap, barulah simen akan dituang ke dalam ground bim tersebut.


Ahad, 4 Oktober 2015

KONKRIT PAD FOOTING DAN STUMP

Alhamdulillah, selepas seminggu memulakan projek, nampaknya perkembangan projek berjalan dengan baik. Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, untuk hari ini kerja membancuh simen untuk konkrit pad footing dan stump telah dijalankan. Sepanjang hari ini, hampir separuh daripada tiang yang dibuat telah pun dikonkrit. Walaupun berdepan dengan masalah, akhirnya kerja konkrit tesebut berjaya diteruskan. Masalah yang dimaksudkan ialah kesilapan membeli habuk batu yang disangka chipping. Sebenarnya habuk batu dipanggil 'dasun' dan chipping adalah batu-batu kecil yang digunakan untuk membuat lantai rumah nanti. Jadi, bagi mengatasi masalah tersebut, pasir kasar telah dibeli daripada kedai hardware yang berdekatan iaitu sebanyak 10 ela. Masalah tersebut saya anggap sebagai pengalaman yang berguna apatah lagi memang tidak mempunyai pengalaman dalam membina rumah.
pekerja sedang membancuh simen untuk konkrit pad footing
sedang menuang simen ke dalam footing


MEMBUAT LUBANG, MEMOTONG, MEMBENGKOK DAN MENGIKAT BESI

Kerja membina rumah diteruskan dengan membuat lubang (footing) berdasarkan pelan yang ada, lebih kurang 25 lubang telah digali sepanjang minggu ini. Setelah lubang telah siap digali lebih kurang sedalam 2 kaki, proses memotong, membentuk dan mengikat besi Y12 dan besi R5 dibuat bagi membuat pad footing dan stump bagi tiang2 yang telah digali.
Datang hari ini, hanya dapat memerhatikan kerja mengorek lubang telah pun siap dibuat sambil tukang menyiapkan besi2 tersebut. Batu 3/4 dan chipping telah pun dipesan dan sampai kelmarin yang diambil terus dari kilang di Tamparuli sebanyak 15 tan. Batu terpaksa diambil di sana bagi memastikan kualiti batu tersebut terjamin berbanding batu yang ada di Ranau yang banyak bercampur dengan tanah. Sementara chipping @ serbuk batu juga dibeli bagi menggantikan pasir kasar untuk tujuan membuat konkrit iaitu footing dan stamp. Kos untuk bawa barang tersebut RM800 setiap lori. Sebanyak 2 lori digunakan untuk mengangkat batu dan chipping tersebut.

Lubang digali sedalam 2 kaki untuk footing