Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2014
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2014
| Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi akan Tiba, Pasti ramai
yang lupa akan niatnya. Jadi kepada yang berkenaan, berikut adalah Lafaz
niat Bulan Ramadhan
Sedikit
pesanan ikhlas kepada yang hidup merantau jauh dari keluarga, hujung
minggu ini pulanglah ke kampung. Tinggalkan seketika kesibukan hidup
yang tidak pernah berkesudahan. Bersahur dan berbukalah bersama kedua
ibu dan bapa anda. Jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada
mereka yang sentiasa merindui anda.
Mungkin
ini ramadhan terakhir buat kita. Mungkin juga ramadhan terakhir buat
mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi gunakanlah kesempatan yang
diizinkan Allah ini untuk melaluinya.
Niat Puasa Esok Hari & Niat Sebulan Ramadhan :
Doa Berbuka Puasa Ramadhan :
Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa :
Kelebihan Bulan Ramadhan
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
- Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat
banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud
puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan
dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta
perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk
tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang
boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan
dan minum di siang hari.
Jadi
sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas
dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan
persiapan hari raya, raikan juga Ramadhan ini sebaiknya.