sempena cuti Good Friday, jalan-jalan bawa family pegi Labuan..
dah setahun x pergi Labuan..
Mau jugak nak pegi ramai-ramai..tahun lepas pergi bawa family sendiri..
tahun ini bawa family mertua..
Perjalanan dari sipitang pada pukul 7.00 pagi hari Jumaat dan sampai di Menumbok pada pukul 10.30 dan terus beli tiket. 8 tiket semuanya..Harap sampai di Labuan sebelum solat Jumaat...
Sampai di jeti, cari kereta sewa (avanza) dan check in di Victoria Hotel...harga hotel-hotel di sekitar Labuan ni boleh tahan juga..kalau di tempat lain, mungkin dah boleh masuk hotel 4 bintang...hehe..
Selepas check in, terus solat Jumaat di Masjid Jamek Labuan...nasib dah ada pengalaman driving di Labuan tahun lepas...tau lah juga jalan sikit-sikit..jadi, ada peluang la mau pusing2 satu Labuan..
Lepas Solat Jumaat, kami semua pergi ke shopping complex terbesar di Labuan, Ujana Kewangan..biasanya orang di sini panggil UK..mau cari makan sambil window shopping..terasa lapar dah perut ni minta diisi...
Selepas makan di UK, pergi jalan-jalan di tengok barang-barang yang berkenan di sekitar UK ini.
Pada sebelah malam, duduk-duduk dan rehat saja di Hotel, maklumlah melalui perjalanan yang memenatkan..untuk makan malam pun di tapau saja, makan di hotel...kiranya esuk barulah nak jalan-jalan pusing satu Labuan sambil melawat tempat-tempat yang menarik dari pagi hingga malam..
Hari Sabtu, lebih kurang tengah hari barulah bergerak menuju ke Taman Burung Labuan, punyala nak cari taman tu..bukannya senang,huhu...tapi tak pa, sekurang-kurangnya walaupun sesat nampak juga tempat-tempat lain yang menarik. Sebenarnya nak pusing satu Labuan ni bkn susah pn, pusing sana pusing sini .itu itu juga..Paling jauh pn tmpat di Labuan ni tak sampai 40km..Satu hari pn dh ckup pusing satu Labuan.
Halaman
Ahad, 20 April 2014
Sabtu, 19 April 2014
aduhai blogku...
sdh setahun lbih, tak jenguk dan menulis diblogku ni...rindu plak rasanya, nak mencoret, nak luahkan isi hati, nak tmbh entri di dlm blogku ni...bukan tak mau tulis, tp dsebabkan komitmen kerja yg ada, jd utk msuk ke blog pn lgsung tak terpikir....apa tah lg, dh bergelar ayah..lg lah bz memanjang..melayan kerenah anakku...yg dh msuk umur setahun ni...Insya Allah, jika ada kesempatan, ruang dan peluang...aku nk jadikan blog ini sebagai medium untuk sebarkan maklumat dan ilmu yang berguna kepada semua...jazakallahu khairan kasiran...
Langgan:
Catatan (Atom)