Halaman

Rabu, 31 Disember 2014

MESTI AKU RINDU SEMUA TU..

Errrmmm..saja nak coret mungkin coretan terakhir utk tahun ni..esok dh masuk Tahun Baru 2015, makin bertambah umur ni..dan semakin besar jga tjawabku sbg seorang anak, suami dan abah..

Hari ni merupakn hari ketiga isteriku berada di Hospital Likas ini, dan sepnjng itu jgalh aku menyewa di homestay yg terletak berdekatan dgn hospital..punyalah susah nak cari hotel kat sini, cari punya cari rupanya mmg xda hotel pun kat sini..last2 ada jgak hmestay, ntah..apa nmanya...mcm ada perkataan Bawang ja aku tgk,hehe..
harganya pun mcm hotel jga..ermmm..agak2 la....blehla drpd tiada..yg pnting dekat dgn hospital..sng jga utk mlawat..xla perlu jln2 jauh, dgn jln jemnya lg...yg ni ambl masa x smpai 5 minit pergi hspital..senang kan...
Ni masuk hari ketiga di homestay ni, xbleh dduk lma2..bleh bankrap jadinya..
Esok...esok..xsabar nak tunggu esok..cpatla ko dtg..esuk isteriku dh bleh kluar hspital sdh, hrp2 xda mslh lain lg la...x tahan dh lama2 kat sini...mau dekat 2 minggu lbih dh di KK ni..dlm tempoh tu juga la, aku ulang alik pegi klinik Bolong..KKIA Tuaran..trmasukla hujung minggu dan Krismas..nasib jga ada rumah adik di Tuaran, xla nak sewa hotel sja kerja, manakan tahan..tapi, mesti aku rindu ngn semua kenangan tu..Ya Allah..aduhai..
Sini aku bgthu satu persatu..

Tido d hotel, servis kreta, jln2 d shopping complex wlaupun isteriku sarat mengandung, tapi msh bleh lg jln2..memang blh tahan,hehe.
berklinik, makan di Restoran Ikan Bakar Kak June smbil tgk final Piala AFF Malaysia lawan Thailand dgn kakak n adik..rasa ikan bakar yg sdap..RINDUNYA..
ada lagiiii...makan lokan bakar di Sulaman smbl mnum air kelapa..tido d rumah adik, cuci bju (suami mithali, isteri sarat mengandung tu..tolong2 mna yg patut), solat Jumaat di Masjid Jamek (tpaksa solat Jumaat dua kali), solat Jumaat di Masjid AsSajidin, Tuaran.....ADUHAI RINDUNYA SEMUA TU...

Ada Lagiiii..haa..klo crita bab makan ni..klo bleh semua tmpat nak pegi dan rasaa..isteri kata ok sja..suami kata on sja..apa lagi makin errrmmm lah laki die ni..

Restoran di Tuaran mcm smua dh pegi,hehe..dari Restoran KFC (restoran pizza hut blum la..sbab xda nasi)..restoran mamak nak rasa roti canai sudah..restoran sri rasa nak rasa sup tulang sudah..restoran Juara nak rasa Nasi Ayam paling sedap di sana sudah..restoran Jawa nak rasa masakan ala2 Indonesia sudah..beli makanan di Tamu Tuaran pun sudah...tapi yg paling sedap di Tuaran smpai skrg msih trasa lg sdapnya..Restoran Cybersafe, jual nasi ayam penyet..memang sdap dan trsngat sdap..terbyg2 lg smpai skrg,he..
pergi restoran di UA pun sudah..Restoran Sawadikap, mau rasa tomyam..errmmm blehla..sdap jga..
Pergi lagi ddpan UMS, Alamesra..nak cuba restoran di sana...dkat Politeknik pun dh pergi Restoran Darul Naim nak rasa nasi.kerabu tp dh abis..rasa keropok lekor ja la..memang sedap..
mana lagi..owh..dekat Sembulan sana, Restoran D'Lengkuas..adooooiii nak makan saja..memang seronokla..apa pun..
MESTI AKU RINDU SEMUA TU..


Selasa, 30 Disember 2014

TERIMA KASIH..SYUKRAN

Terima kasih Ya Allah,
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu
Yang telah mengurniakanku zuriat penyambung keturunanku..
Alhamdulillah, hanya padaMu tempat ku mengadu segala isi hatiku..

Terima kasih Ya Allah,
Yang telah mengurniakanku seorang bayi lelaki yang comel..tanggal hari Selasa, 30.12.2014..jam 5.45 pagi..
Isteriku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.40kg..
walaupun melalui pembedahan, aku tetap bersyukur padaMu 
Ya Allah..
Apa yang kuharapkan 
biarlah semuanya selamat..

Terima kasih sayang,
Menjadi ummi kepada anak-anak kita,
Insha Allah, kita akan berikan didikan dan
kasih sayang yang secukupnya kepada mereka..
Harap kita akan sentiasa sabar melayan kerenah mereka..
Tiada yang lebih membahagiakan kita..
jika anak-anak dibesarkan dengan ilmu yang bermanfaat dan mampu memberikan 
bimbingan dunia dan akhirat..

terima kasih Ya Allah..
terima kasih sayang...





Jumaat, 25 Julai 2014

RAMADHAN...hadirmu ditunggu, pergimu ditangisi...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberikan limpah dan kurniaNya untuk kita bersama-sama merasai nikmat Ramadhan yang sedang kita lalui ini. tidak terasa sebulan kita berpuasa, hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal, bulan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa mengawal hawa nafsu...

Insya Allah, semoga ita akan bertemu kembali pada Ramadhan tahun depan jika dipanjangkan umur, sesungguhnya Ramadhan memberikan seribu rahmat, seribu nikmat, seribu kesedaran dan keinsafan kita sebagai hambaNya agar sentiasa bersyukur dan terus bersyukur di atas segala pemberianNya. Pelbagai ganjaran pahala yang Allah sediakan kepada hambaNya untuk beribadah pada bulan (penghulu segala bulan) samada ibadah umum dan ibadah khusus, semuanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Masya Allah...

Oleh yang demikian, ambillah peluang dan ruang agar kita sentiasa memperbanyakkan ibadah bulan ini dan seterusnya disambung pada bulan-bulan lain. Apatah lagi pada bulan Ramadhan ini, Allah telah sediakan satu malam yang cukup istimewa yang hanya Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad iaitu malam Lailatul Qadar yang padanya jika kita beribadah dengan ikhlas, Allah memberikan pahala seperti kita beribadah seribu bulan..sungguh besar nikmat yang Engkau beri Ya Allah..

Ya Allah Ya TuhanKu, berikanlah kesempatan untuk aku dan keluargaku merasai dan menghayati malam Lailatul Qadar ini dengan pengisian yang lebih sempurna dengan melakukan ibadah kepadaMu. Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah. Berikanlah kami kesempatan untuk berjumpa lagi Ramadhan pada tahun akan datang. Panjangkanlah umur kami..Berkatilah umur kami dan Limpahkanlah kami Nur dan Hidayahmu agar kami terus dan istiqamah dalam melaksanakan ibadahmu. Amin...


Selasa, 24 Jun 2014

MARHABAN YA RAMADHAN..WA MARHABAN BIKUM..

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2014

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2014 | Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi akan Tiba, Pasti ramai yang lupa akan niatnya. Jadi kepada yang berkenaan, berikut adalah Lafaz niat Bulan Ramadhan 

Sedikit pesanan ikhlas kepada yang hidup merantau jauh dari keluarga, hujung minggu ini pulanglah ke kampung. Tinggalkan seketika kesibukan hidup yang tidak pernah berkesudahan. Bersahur dan berbukalah bersama kedua ibu dan bapa anda. Jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada mereka yang sentiasa merindui anda.

Mungkin ini ramadhan terakhir buat kita. Mungkin juga ramadhan terakhir buat mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi gunakanlah kesempatan yang diizinkan Allah ini untuk melaluinya.
Niat Puasa Esok Hari & Niat Sebulan Ramadhan :
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Doa Berbuka Puasa Ramadhan :
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa :

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Kelebihan Bulan Ramadhan
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga Ramadhan ini sebaiknya.

Ahad, 20 April 2014

Cuti-Cuti Malaysia

sempena cuti Good Friday, jalan-jalan bawa family pegi Labuan..
dah setahun x pergi Labuan..
Mau jugak nak pegi ramai-ramai..tahun lepas pergi bawa family sendiri..
tahun ini bawa family mertua..

Perjalanan dari sipitang pada pukul 7.00 pagi hari Jumaat dan sampai di Menumbok pada pukul 10.30 dan terus beli tiket. 8 tiket semuanya..Harap sampai di Labuan sebelum solat Jumaat...
Sampai di jeti, cari kereta sewa (avanza) dan check in di Victoria Hotel...harga hotel-hotel di sekitar Labuan ni boleh tahan juga..kalau di tempat lain, mungkin dah boleh masuk hotel 4 bintang...hehe..
Selepas check in, terus solat Jumaat di Masjid Jamek Labuan...nasib dah ada pengalaman driving di Labuan tahun lepas...tau lah juga jalan sikit-sikit..jadi, ada peluang la mau pusing2 satu Labuan..

Lepas Solat Jumaat, kami semua pergi ke shopping complex terbesar di Labuan, Ujana Kewangan..biasanya orang di sini panggil UK..mau cari makan sambil window shopping..terasa lapar dah perut ni minta diisi...
Selepas makan di UK, pergi jalan-jalan di tengok barang-barang yang berkenan di sekitar UK ini.

Pada sebelah malam, duduk-duduk dan rehat saja di Hotel, maklumlah melalui perjalanan yang memenatkan..untuk makan malam pun di tapau saja, makan di hotel...kiranya esuk barulah nak jalan-jalan pusing satu Labuan sambil melawat tempat-tempat yang menarik dari pagi hingga malam..

Hari Sabtu, lebih kurang tengah hari barulah bergerak menuju ke Taman Burung Labuan, punyala nak cari taman tu..bukannya senang,huhu...tapi tak pa, sekurang-kurangnya walaupun sesat nampak juga tempat-tempat lain yang menarik. Sebenarnya nak pusing satu Labuan ni bkn susah pn, pusing sana pusing sini .itu itu juga..Paling jauh pn tmpat di Labuan ni tak sampai 40km..Satu hari pn dh ckup pusing satu Labuan. 

Sabtu, 19 April 2014

aduhai blogku...

sdh setahun lbih, tak jenguk dan menulis diblogku ni...rindu plak rasanya, nak mencoret, nak luahkan isi hati, nak tmbh entri di dlm blogku ni...bukan tak mau tulis, tp dsebabkan komitmen kerja yg ada, jd utk msuk ke blog pn lgsung tak terpikir....apa tah lg, dh bergelar ayah..lg lah bz memanjang..melayan kerenah anakku...yg dh msuk umur setahun ni...Insya Allah, jika ada kesempatan, ruang dan peluang...aku nk jadikan blog ini sebagai medium untuk sebarkan maklumat dan ilmu yang berguna kepada semua...jazakallahu khairan kasiran...